Search
Close this search box.
Pihak bomba melakukan kerja pembersihan tumpahan minyak menggunakan pasir bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Foto BBP Lutong

Bomba bantu bersihkan tumpahan minyak di Lutong

MIRI, 12 Mei: Tumpahan minyak menyebabkan jalan raya licin di persimpangan lampu isyarat Lutong di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.20 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya tumpahan minyak di atas permukaan jalan raya yang mengakibatkan jalan raya licin dan boleh membanyakan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menggunakan pasir bagi menutup kesan minyak di atas permukaan jalan tersebut.

Setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan