Search
Close this search box.
Kepimpinan Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Mutang Tagal amat dicemburi oleh setiap pemimpin Sarawak, kata Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto TVS

Kepimpinan Mutang Tagal dicemburui – Fatimah

ByMuqri Aziz

MUKAH, 12 Mei: Kepimpinan Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Mutang Tagal amat dicemburui oleh setiap pemimpin Sarawak, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak itu berkata, beliau menyifatkan mendiang seorang pemimpin yang berintegriti.

“Saya mengenali mendiang ketika mendiang menjadi pengawas di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri dan saya menyifatkan mendiang seorang pemimpin yang baik.

“Mendiang juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi. Sehubungan itu, pemergian mendiang amat dirasai dan saya doakan agar keluarga mendiang tabah dan redha dengan pemergian mendiang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Baton sempena SUKMA Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dataran Pehin Setiaraja di sini, hari ini.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara sebelum ini memaklumkan Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi, 10 Mei di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mutang, 70, mula menerima rawatan di Insitut Jantung Negara sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Mendiang akan dikebumikan di Borneo Evangelical Mission (BEM) Bukit Kanada di Miri esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan