Search
Close this search box.
Sejumlah RM16.32 juta telah diperuntukkan oleh agensi-agensi di Sarawak dan Persekutuan untuk membangunkan 480.3 hektar ladang nanas dan memberi manfaat kepada 517 petani di seluruh negeri ini. Foto hiasan, Envato.

RM16.32 juta bangunkan ladang nanas di Sarawak, manfaat lebih 500 petani

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mei: Sejumlah RM16.32 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan 480.3 hektar ladang nanas yang memanfaat 517 petani di Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, selain itu usaha memajukan penanaman nanas di Sarawak turut menyaksikan pengenalan nanas baharu, Sarawak Gold 1 (SG1) di Miri pada tahun lepas.

Katanya, nanas jenis baharu ini mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk pasaran eksport kerana kepadatan tanaman tinggi, ketahanan terhadap penyakit, tempoh tumbesaran yang lebih pendek dan jangka hayat yang lebih lama.

“Pada masa ini, sebanyak 30 hektar nanas SG1 ditanam dan kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) akan mengembangkan tambahan 20 hektar untuk menghasilkan nanas SG1 pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Stephen Rundi berkata, bagi menyokong penanaman nanas SG1, Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengadakan usaha sama dengan syarikat swasta untuk membangunkan tanah seluas 100 ekar di Tukau, Miri bagi menghasilkan penyedut nanas SG1.

“Ladang ini dijangka menghasilkan lima juta penyedut nanas pada tahun ini yang bernilai RM12.5 juta.

“Kerjasama berkenaan juga akan membangunkan 50 ekar ladang di Kabuloh, Miri untuk menghasilkan 15 juta penyedut nanas yang bernilai RM22.5 juta pada 2025,” ujarnya.

Tambah beliau, MPIB juga terlibat secara aktif dalam membangunkan rantaian bekalan lengkap untuk industri nanas di Sarawak seperti bekerjasama dengan Kolej Universiti I-CATS untuk penyelidikan dan pembangunan dan sebuah syarikat swasta untuk membangunkan 2,200 hektar tanah di Tanjung Manis, Bahagian Mukah untuk menjadi ladang komersial nanas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan