Search
Close this search box.
Lebih 70 peratus projek pembangunan telah dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera pada suku pertama tahun ini membabitkan nilai RM497.0 juta. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Lebih 70 peratus projek bernilai RM497.0 juta dianugerah kepada Kontraktor Bumiputera

ByShafik Ahmad

KUCHING, 15 Mei: Lebih 70 peratus projek pembangunan telah dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera pada suku pertama tahun ini membabitkan nilai RM497.0 juta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia dilaksanakan di bawah Dasar Penyertaan Kontraktor Bumiputera Dalam Perolehan Projek Pembangunan Menggunakan Dana Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM644 juta secara keseluruhan.

“ Program ini bertujuan untuk membina kumpulan kontraktor yang berkebolehan, cekap dan berdaya tahan seterusnya akan berkembang dan mampu bersaing dalam pasaran terbuka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penggulunggan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Hari Rabu.

Bagi memperkasa dan meningkatkan penyeretaan kontraktor bumiputera dalam kontrak kerajaan, Uggah berkata lagi, kerajaan akan terus mewujudkan kerjasama dengan pemegang taruh dan agensi berkaitan melalui pelaksanaan pelbagai program.

Katanya, setakat April 2024, kontraktor dan pembekal Bumiputera telah menerima mesin dan peralatan berjumlah RM1.4 juta melalui Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA).

Manakala, Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU), setakat April 2024, 32 PIBU kini telah beroperasi di seluruh Sarawak dengan jumlah peserta seramai 5,889 orang.

“Program Skim Pembiayaan Kontraktor Kecil Bumiputera (SPKB),setakat April 2024, sejumlah RM1.4 juta bantuan kewangan telah disalurkan kepada kontraktor di bawak skim ini.

“Program Pembangunan Vendor Perabot Bumiputera dengan kerjasama JKR Sarawak dan STIDC, setakat April 2024, seramai 32 pemebekal perabot bumiputera telah dilantik oleh STIDC untuk pembekalan perabot ke pejabat kerajaan dengan jumlah nilai kontrak RM5 juta setahun,” katanya.

Seramai 350 peserta Bumiputera terpilih di seluruh Sarawak unuk menjalani program selama 10 hari bagi mengukuhkan pengetahuan dan kecekapan mereka dalam aktiviti pembinaan dan proses perolehan.

Ujarnya, peserta juga diberi peluang untuk menyertai tender terpilih dalam menjalankan projek kerajaan dengan anggaran antara RM200,000 hingga RM2.5 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan