Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS

DUN Sarawak: Pelarasan gaji, Sarawak akan umum dalam masa terdekat

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan pelarasan gaji bagi penjawat awam negeri Sarawak dalam masa terdekat ini.

Perkara itu didedahkan beliau dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

“InsyaAllah, saya akan mengumumkan hasil kajian ini dalam tempoh terdekat tertakluk kepada perincian pelarasan gaji yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dijangka diketahui hanya dalam bajet Persekutuan hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui Sarawak menerima baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji melebihi 13 peratus bermula Disember ini.

Justeru itu, kata beliau kajian terperinci mengenai pelarasan tersebut akan dilaksanakan agar ia lebih kompetitif selaras dengan tugas dan tanggungjawab Penjawat Awam Sarawak serta kekuatan kewangan Kerajaan Sarawak.

Tegas beliau kerajaan Gabungan Parti Sarawak sangat menghargai komitmen dan pengorbanan seluruh Penjawat Awam Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan