Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza termasuk di sebuah pasar raya terkemuka sekitar Seremban serta Nilai pada Isnin dan Selasa lepas. Foto hiasan Bernama

Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan

ByBernama

SEREMBAN, 15 Mei: Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza termasuk di sebuah pasar raya terkemuka sekitar Seremban serta Nilai pada Isnin dan Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang berkata, kesemua tahanan yang berumur antara setahun hingga 51 tahun itu terdiri daripada 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki (Myanmar), 11 lelaki (Bangladesh), dua lelaki (Pakistan) selain dua lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan (Vietnam).

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa operasi dijalankan antara lokasi berkenaan, lima lelaki warga Indonesia bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pegawai Imigresen. Namun, kesemuanya dapat diberkas oleh pasukan serbuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua tahanan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.

Tan berkata, pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang membantu JIMNS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pendatang tanpa izin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan