Search
Close this search box.
Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 yang bermula pada hari ini selama tiga hari melibatkan lebih 600 penceramah peneraju industri tenaga dari pelbagai negara merentasi lapan persidangan dengan lebih 300 sesi.

Premier Sarawak dijadual berucap pada Persidangan Future Energy Asia 2024 di Bangkok

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan ucapan di Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 (Future Energy Asia) di Bangkok, Thailand pada 17 Mei ini.

Abang Johari dijangka akan berkongsi pandangan mengenai inisiatif Sarawak dalam pembangunan ekonomi hijau dan peralihan tenaga serta usaha Sarawak ke arah tenaga lestari menerusi penyahkarbonan.

Di bawah kepimpinannya, Sarawak berpotensi menjadi hab peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia menghadapi cabaran perubahan iklim.

Usaha beliau membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui di Sarawak juga dapat dilihat menerusi penggunaan dan penyimpanan tangkapan karbon (CCUS), perdagangan karbon, penyelidikan bahan bakar penerbangan mampan (SAF) daripada biojisim.

Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 yang bermula pada hari ini selama tiga hari melibatkan lebih 600 penceramah peneraju industri tenaga dari pelbagai negara merentasi lapan persidangan dengan lebih 300 sesi.

Ia diadakan bertujuan mencari penyelesaian inovatif menangani cabaran perubahan iklim dalam usaha memacu industri ke arah sifar bersih.

Pada masa sama, ia juga bagi menetapkan inisiatif strategik dari segi pembuatan dasar, peluang pelaburan dan teknologi baharu dalam pasaran karbon.

Dijangka lebih 2,500 delegasi akan hadir sekali gus memberi peluang kepada mereka mendapatkan pandangan daripada menteri, penggubal dasar dan inovatif industri mengenai sumbangan Asia kepada peralihan tenaga global dan mengetengahkan komitmen berterusan terhadap penyahkarbonan di rantau ini.

Antara delegasi dari Sarawak yang turut hadir ialah Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Hipni, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan