Search
Close this search box.
Sebanyak dua juta pek makanan akan disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menampung keperluan 31,600 jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini. Foto, Zen Hashim (TVS).

Dua juta pek makanan tampung jemaah negara sepanjang musim haji

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 16 Mei: Sebanyak dua juta pek makanan akan disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menampung keperluan 31,600 jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini.

Pengarah Operasi Katering Rashidi Razali berkata, makanan yang masak selari dengan cita rasa Malaysia yang akan dibekalkan di 12 bangunan penginapan jemaah di sini.

Jelas beliau pasukan katering menguruskan sajian untuk para jemaah sebanyak dua kali sehari iaitu makan tengah hari dan makan malam.

Sebanyak dua juta pek makanan akan disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menampung keperluan 31,600 jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini. Foto, Zen Hashim (TVS).

“Pada masa sama kita juga uruskan kiosk dan kafeteria di 12 bangunan Tabung Haji di Makkah.

“Terdapat 11 kafeteria yang akan beroperasi di bagi membolehkan jemaah haji menikmati sarapan dan juga makanan tambahan,” katanya ketika ditemui wakil media Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Rashidi, operasi penyediaan bermula seawal 2 pagi untuk sesi makan tengah hari manakala makan malam pula dimasak pada 10 pagi sebelum diagihkan sekitar 6 petang.

Ditanya mengenai cabaran mengendalikan makanan dalam kuantiti yang besar, beliau memberitahu pasukannya perlu patuh kepada undang-undang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang menurutnya lebih ketat berbanding di Malaysia.

5,790 jemaah haji selamat tiba di Tanah Suci

“Kadang kala akan ada penilaian dibuat untuk pastikan makanan disediakan tidak rosak dan memudaratkan jemaah,” ujarnya.

Tambah Rashidi, menu yang disediakan perlu dihantar untuk penilaian dan kelulusan TH dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan ia memenuhi keperluan diet seimbang.

Malaysia berdepan hilang keistimewaan visa pelancong Arab Saudi jika gagal patuhi peraturan

“Menu yang kita kekalkan setiap tahun adalah masak lemak, masak kicap, kari daging dan kari ikan. Masakan yang menjadi kegemaran jemaah adalah nasi briyani yang disediakan pada setiap Jumaat.

“Kami juga perlu berusaha untuk menepati selera jemaah haji yang berbeza.Oleh itu, kita ambil pendekatan selamat seperti sediakan masak lemak, kerana majoriti jemaah kita kenal hidangan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi dalam satu pek sajian, mereka meletakkan nasi seberat 200 gram, protein (150 gram) dan sayur 80 gram. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan