Search
Close this search box.
Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura di Istana, malam tadi. Foto AFP

Lawrence Wong angkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura

ByBernama

SINGAPURA, 16 Mei: Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura di Istana, malam tadi.

Wong, 51, menggantikan Lee Hsien Loong yang, 72, yang memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 20 tahun.

Upacara itu disiarkan di televisyen dan penstriman di platform media sosial, dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, “Majulah Singapura” diikuti dengan ucapan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

@tvsarawak

Perdana Menteri baharu Singapura, Lawrence Wong sampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu 📹 PMO Singapore 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Seterusnya, Wong mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas yang disaksikan Presiden dan Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon.

Ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan kemudian  menandatangani akuan sumpahnya.

Presiden kemudian menyampaikan suratcara pelantikan kepada Wong.

Seterusnya, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong (juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan) dan Heng Swee Keat, diikuti Menteri Kanan  Lee Hsien Loong dan Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Negara, mengangkat sumpah.

Kemudian 14 menteri,  sembilan Menteri Negara Kanan dan lima Menteri Negara mengangkat sumpah. Seorang lagi Menteri Negara, Murali Pillai akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai.

Kesemua menteri mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas serta  menerima suratcara pelantikan mereka daripada Presiden.

Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, 13 Mei selepas Lee memaklumkan kepada Presiden hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 15 Mei bersama kerajaannya pada hari sama. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan