Search
Close this search box.
Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Aset Pengeluaran Antarabangsa PTTEP, Piya Sukhumpanumet dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Syarikat Thailand mahu kukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

ByZhahrulniza

BANGKOK, 16 Mei: Syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak, PTT Thailand Limited (PTTEP) mahu mengukuhkan kerjasama sedia terjalin dengan Kerajaan Sarawak bagi mencapai pembangunan yang lebih mampan.

Pengurus Aset PTTEP Malaysia Padsakorn Suwanruji berkata, sebelum ini bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bermula sejak fasa eksplorasi cari gali dan pengeluaran minyak dan gas di pesisir wilayah itu.

Persidangan Masa Depan Tenaga Asia platform terbaik promosi inisiatif SEB

“2024 merupakan tahun kelapan kami bekerjasama dalam bidang berkaitan. Apa yang dapat saya katakan sememangnya syarikat yakin dengan misi dan pelan hala tuju Sarawak malah turut mempunyai pejabat di Bintulu bagi mengendalikan aktiviti eksport gas di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Abang Johari tiba di Bangkok hadiri Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024

Abang Johari bersama delegasi Sarawak kini berada di ibu kota Thailand bagi menghadiri Persidangan Tenaga Masa Depan Asia 2024 di mana beliau akan menyampaikan ucaptama esok.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan PTTEP (Aset Pengeluaran Antarabangsa) Piya Sukhumpanumet berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju projek Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) dan juga aktiviti PTTEP di Sarawak secara amnya.

“Antara perkara menarik yang turut dibincangkan bersama ialah mengenai pembangunan tenaga hijau.

“Premier Sarawak bersemangat tinggi untuk berkongsi apa sahaja berkaitan tenaga bersih. Saya rasa ini akan menjadi permulaan untuk kami jmemulakan pembangunan tenaga boleh baharu di masa akan datang,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam sektor tenaga hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan