Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media di sini, hari ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Lima jemaah dirawat di Pusat Rawatan Tanah Suci stabil

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 17 MEI: Seramai lima jemaah haji dari Malaysia yang mendapat rawatan dilaporkan dalam keadaan stabil di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata mereka yang dirawat itu merupakan pesakit yang menghidap masalah jantung, jangkitan kuman dan mengalami kecederaan seperti keretakan tulang.

“Setakat ini, lima orang pesakit sedang dirawat iaitu seramai empat orang di Pusat Rawatan Madinah dan seorang di Pusat Rawatan Syisya di Mekah.

“Saya ingin mengingatkan semua jemaah haji kita untuk sentiasa menjaga kesihatan masing-masing dan berhati-hati dalam apa jua tindakan seharian agar aktiviti beribadah kita boleh dilakukan secara baik insya-Allah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Syed Saleh yang juga Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji menambah, jemaah haji yang didapati tidak sihat disaran untuk mendapatkan rawatan awal di klinik yang terdapat di sekitar maktab masing-masing.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, para jemaah haji juga dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran cuaca panas yang dijangkakan diantara 35-45 darjah selsius sepanjang musim haji dan para jemaah haji dinasihatkan agar tidak terdedah terlalu lama kepada cuaca yang panas.

Katanya semua jemaah diingatkan untuk mengambil makanan seimbang dan minum air yang mencukupi untuk mengekalkan hidrasi dalam berhadapan dengan cuaca panas agar mereka kekal sihat untuk meneruskan aktiviti ziarah, berjalan ke masjid serta ibadat umrah dan haji seperti yang dirancang.

“Suhu ini dijangka akan terus meningkat menjelang Masyair. Minum air dengan banyak supaya tidak berlaku strok haba (heat stroke),” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan