Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendagakan lawatan samasa Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di Bangkok, Thailand hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Sarawak berpegang teguh matlamat ‘102030’ demi masa depan tenaga mampan – Abang Johari

ByZhahrulniza

BANGKOK, 17 Mei: Sarawak berpegang teguh kepada matlamat ‘102030’ menandakan sasaran Sarawak untuk menjana kapasiti tenaga 10 gigawatt (GW) menjelang tahun 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan kaedah terbaik untuk memberi pemahaman kepada rakyat mengenai visi Sarawak untuk masa depan tenaga yang mampan.

“Penjanaan tenaga 10 gigawatt sebahagian besarnya akan diperoleh daripada sumber boleh diperbaharui seperti kuasa hidro, solar, turbin gas dan tenaga biojisim,” katanya ketika berucap di Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di sini,” hari ini.

Jelas beliau, Sarawak memberi keutamaan kepada pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga hidro untuk memacu pertumbuhan negeri dengan menggariskan tiga sasaran penting bagi sektor tenaga tersebut.

@tvsarawak

Sarawak berpegang teguh kepada matlamat ‘102030’ menandakan sasaran Sarawak untuk menjana kapasiti tenaga 10 gigawatt (GW) menjelang tahun 2030. 📹 TVS 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Pada 2016, Sarawak mengambil langkah pertama dalam memacu Grid Tenaga Trans Borneo merentasi sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan Barat Indonesia.

“Selain itu, Sarawak juga akan terus membina hubungan kukuh dengan negara jiran Indonesia, memajukan Projek Hidroelektrik Mentarang Induk atau MIHEP di Kalimantan Utara melalui kerjasama dengan rakan kongsi strategik di Indonesia” katanya.

Pada masa sama, Abang Johari menegaskan bahawa komitmen Sarawak terhadap kelestarian melangkaui Borneo memandangkan negeri ini secara aktif menyumbang kepada inisiatif Grid Kuasa ASEAN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan