PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
SAMARKAND, 18 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Air mata bapa gugur selepas Ahmad Azza Fahmi hilang dari pandangan selama-lamanya
TAPAH, 18 Mei: Meskipun cuba menahan kesedihan, Azhar Khaiden tidak lagi mampu membendung air mata selepas jenazah anaknya Konstabel Ahmad Azza Fahmi yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, dikebumikan petang tadi.
Pelajar perlu dalami perkembangan AI, seiring perkembangan digital
MIRI, 18 Mei: Para pelajar digalakkan untuk mendalami perkembangan teknologi digital dan maklumat seperti Kecerdasan Buatan (AI).
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas – KPN
JOHOR BAHRU, 18 Mei: Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
ANKARA, 18 Mei: Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Perluas Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti hingga ke Kapit
KUCHING, 18 Mei: Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta wajar diperluas ke bahagian lain termasuk Kapit.
Lahirkan bakat, tenaga mahir untuk Sarawak bergelar negeri berpendapatan tinggi – Dr Sim
KUCHING, 18 Mei: Sarawak komited berusaha melahirkan bakat muda dan tenaga mahir yang mencukupi untuk memenuhi keperluan membentuk sebuah negeri maju berpendapatan tinggi.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 – Dzulkefly
CYBERJAYA, 18 Mei: Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah bawah KPM mulai 1 Julai
SEMPORNA, 18 Mei: Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Penyampau lutur, misi di Sepital Betong patut ditambah
BETONG, 18 Mei: Opis Menteri Pengerai Malaysia (KKM) diansak lengkas mutarka isu kurang lutur enggau misi ke ditapi Sepital Betong.