Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin merakam kenangan bersama para pelajar selepas majlis hari ini. Foto TVS

Pelajar perlu dalami perkembangan AI, seiring perkembangan digital

MIRI, 18 Mei: Para pelajar digalakkan untuk mendalami perkembangan teknologi digital dan maklumat seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata galakan tersebut selari dengan pembangunan dan aliran zaman yang kini lebih menekankan penggunaan teknologi digital dalam gaya hidup.

“Kita perlu memahami dan memberi perhatian berat dunia hari ini ke atas perkembangan teknologi maklumat iaitu menggunakan Kecerdasan Buatan (AI).

“Saya ingin menggalakkan para pelajar untuk menumpu ke atas bidang pelajaran yang ada kaitan dengan pelbagai teknologi khasnya dari segi teknologi digital dan AI kerana semua ini yang akan mengubah cara hidup kita,” katanya.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata demikian semasa Karnival Aerobikton Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau pada Sabtu.

Beliau dalam pada itu menasihatkan kepada ibu bapa, guru dan pelajar untuk memberi perhatian berat dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) selain turut menggalakkan anak-anak mereka mempelajari bidang teknikal jika mereka mempunyai bakat dan kecenderungan ke arah bidang tersebut.

Menurutnya ia susulan dasar-dasar yang digubal kerajaan ketika ini memerlukan pakar dalam pelbagai bidang teknologi seperti kejuruteraan, perubatan dan teknikal.

Pada Karnival tersebut, Kim Shin turut memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada SK Merbau untuk membeli keperluan dan pelaksanaan aktiviti sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan