Search
Close this search box.
Lima beradik berjaya menjejak kaki ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini dibantu oleh tabungan ibu mereka. Foto, Zen Hashim (TVS).

Berkat tabungan ibu, lima beradik berjaya ke Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 19 Mei: Berkat kesungguhan seorang ibu menabung, lima anaknya berjaya mengerjakan Rukun Islam kelima di Tanah Suci pada tahun ini.

Anak sulung daripada lima beradik itu, Nurul Adilla Farhana memberitahu, ibunya, Nurani Mohamed Noor yang juga seorang jururawat telah mendaftarkan nama dia dan lima adiknya dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 2009.

Katanya selepas lama menanti, dia bersyukur kerana menerima panggilan haji.

“Pada peringkat permulaan, mak simpan sebanyak RM20 hingga RM50 untuk saya, kemudian dia buka pula akaun untuk adik beradik yang lain.

“Mak konsisten menambung untuk anak-anak dan Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke sini, “ katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Nurul Adilla,36, memberitahu sekiranya tidak ada kekangan pandemik COVID-19, giliran dia dan adik beradiknya menunaikan ibadah haji ialah pada tahun lepas.

Ditanya apa pesanan ibunya sebelum berangkat ke Tanah Suci, dia memberitahu ibunya berpesan supaya mereka sentiasa bersama.

“Ini kerana mungkin ibu dan bapa mahu anak-anak mereka berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di sini,” katanya.

Selain itu katanya, kedua – dua orang tuanya juga meminta mereka berdoa supaya dimurahkan rezeki selain dikurniakan kesihatan yang baik.

Temuramah yang lancar bersama wanita itu kemudian terhenti seketika apabila dia kelihatan sebak dan mula mengalirkan air mata.

“Tanpa ibu dan ayah, tidak mungkin kami adik beradik sampai ke sini,” katanya.

Sementara itu dia memberitahu, ibu bersama bapanya, Abdul Wahab Md Saad telah menunaikan haji pada 2015.

Lima adik beradik itu turut ditemani tiga lagi pasangan masing-masing menjadikan mereka lapan sekeluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan