Search
Close this search box.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara. Foto, Zen Hashim (TVS).

Malaysia antara negara terawal edar kad Nusuk

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 19 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) mula mengedarkan kad Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara.

Ini menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.

Haji: Unit peronda TH berkhidmat 24 jam, pantau jemaah Malaysia

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kad inovatif yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam format digital dan fizikal itu merupakan platform komprehensif yang memudahkan interaksi jemaah haji dengan pihak berkuasa tempatan.

“Jemaah haji Malaysia mesti membawa dan menggunakan kad ini yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri yang membolehkan mereka masuk ke kawasan peribadatan haji di Tanah Suci,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kad Nusuk di Ibu Pejabat TH di sini semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara. Foto, Zen Hashim (TVS).

Tambah Syed Saleh, kad tersebut mengandungi maklumat komprehensif termasuk data peribadi bagi membolehkan jemaah haji dikenal pasti secara mudah selain memberi manfaat daripada pelbagai perkhidmatan untuk memperkayakan pengalaman haji mereka.

Ia juga mempunyai maklumat penempatan jemaah serta tempat-tempat beribadat yang lazim dilawati jemaah.

Dalam pada itu Syed Saleh menekankan kad itu wajib dibawa ketika jemaah berada di Makkah dan Madinah serta untuk memudahkan pergerakan mereka antara Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Haji: 7,000 jemaah sertai ibadah korban setakat ini

Inisiatif ini ujarnya adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.

“Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan hanya jemaah haji yang mempunyai visa haji yang sah sahaja boleh menunaikan ibadat haji seperti peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi,” tambahnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan