Search
Close this search box.
Hasbi dan tetamu lain memotong pulut kuning pada Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubok Piasau. Foto, TVS.

Sarawak pertimbang hantar pelajarnya sambung sarjana di luar negara

LIMBANG, 19 Mei: Sarawak mempertimbangkan untuk menghantar pelajarnya untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di luar negara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah berkenaan penting untuk membentuk modal insan berkualiti tinggi yang seterusnya akan memacu kemajuan Sarawak.

Jelas Abang Johari, beliau telah berjumpa dengan pelajar Sarawak di beberapa universiti luar negara ketika lawatannya ke London baru-baru ini.

“Pelajar siswazah ini akan menjadi golongan terpelajar dan seterusnya membentuk modal sumber manusia Sarawak bagi membolehkan wilayah ini terus maju dengan inisatif ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2024 di Kampung Lubok Piasau hari ini.

Teks ucapan Abang Johari dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Dr. Wan Ali Tuanku Madhi. -TVS

Sementara itu Abang Johari menambah, perlaksanaan inisiatif pendidikan percuma untuk anak-anak Sarawak yang menuntut di universiti milik Sarawak akan diadakan pada 2026.

Pada masa sama, beliau turut memuji inisiatif dilaksanakan oleh Persatuan Melayu Limbang (PML) yang memberi galakan pendidikan.

“(Sebagai contoh PML) mengadakan Anugerah Pelajar Cemerlang dan Bantuan Dermasiswa untuk pelajar-pelajar anak ahli yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan utama,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan