Search
Close this search box.
Hasil rampasan. Foto IPD Miri

Tiga disyaki pengedar dadah di Miri ditahan, nilai rampasan lebih RM100,000

MIRI, 19 Mei: Tiga lelaki ditahan semalam di sebuah rumah di Tudan dekat sini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, suspek merupakan dua orang lelaki tempatan dan seorang lelaki bukan warganegara.

Jelas beliau hasil keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM107,144.

Hasil rampasan. Foto IPD Miri

“Hasil pemeriksaan, polis merampas dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 62.40 gram dan pil eramin 5 dengan anggaran berat tujuh gram dengan jumlah rampasan bernilai RM7,144.

“Selain itu, turut disita sebuah kereta Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM100,000. Jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM107,144. Ketiga-tiga saspek telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan