Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongan tiba di Seoul untuk lawatan kerja ke Korea Selatan. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Abang Johari tiba di Seoul untuk lawatan kerja dua hari

ByNajib Imran

SEOUL, 20 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di sini, hari ini bagi lawatan kerja dua hari ke Korea Selatan.

Ketibaan beliau disambut Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Dato Mohd Zamuri Khalid.

Beliau yang diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak(Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Muhammad Abdullah Zaidel tiba di Hotel Lotte pada 7.15 malam waktu tempatan.

Turut serta dalam rombongan itu, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Husain dan Pengurus Besar SEDC Datu Abdul Hadi Abdul Kadir serta pegawai-pegawai kementerian.

Premier Sarawak akan mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam mesyuarat bersama Timbalan Menteri Pelaburan, Tenaga dan Industri Korea Selatan, Lee Hohyeon pada 11 pagi, Selasa disusuli majlis makan tengah hari bersama Naib Presiden Samsung E & A, Park Cheonhong, Naib Presiden Kanan Lotte Chemical Kim Yonghak dan Naib Presiden Kanan Korea National Oil Corporation (KNOC) Jang Jinhwan.

Ia bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama antara Sarawak dan rakan kongsi dan pelabur dari Korea Selatan.

Pada sebelah petang pula, delegasi Abang Johari dijadual melawat Taman Tenaga Yeongheung milik Korea South East Power Company(KEON).

Pada Rabu, Premier Sarawak akan menghadiri sesi taklimat Sarawak New Energy Hub (SNEH) dan mesyuarat Projek H2biscus disusuli Majlis Menandatangani Industri Huluan, Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara SEDC Energy, Samsung E&A, Lotte Chemicals dan Korea National Oil Corporation. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan