Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh pikap yang hendak membuat pusingan U di simpang Taman Permaisuri, Jalan Sebiew, Bintulu, malam tadi. Foto IPD Bintulu

Lelaki maut, motosikal ditunggang rempuh pikap buat pusingan U

BINTULU, 20 Mei: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh pikap yang hendak membuat pusingan U di simpang Taman Permaisuri, Jalan Sebiew di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 8.16 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang cedera di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku ketika pikap Toyota Hilux dipandu seorang wania berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Pine Avenue menghala ke Ing Ling Residence, apabila sampai di simpang Taman Permaisuri ketika dalam proses untuk membuat pusingan U tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah motosikal jenis SYM yang bergerak lurus dari arah lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Lokasi kejadian jalan sehala dua lorong. Akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kawasan kemalangan merupakan kawasan gelap berlampu, cuaca baik, jalan raya kering dan rata.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kita menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berhubung kejadian ini,” tegasnya.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Balai Trafik Bintulu atau IO Kes Inspektor Lydia Allan di talian 086-338575.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya jangan mengambil mudah membuat Pusingan U yang melanggar peraturan dan boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka yang melanggar peraturan Pusingan U boleh dihukum di bawah Kaedah 13, Kaedah-Kaedah 166/59 (saman), kesalahan membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan boleh dikenakan saman RM150.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan