Search
Close this search box.
Kaunselor TH Mohd Najib Harun. Foto Zen Hashim (TVS)

‘Ranting Hati’ sudut jemaah luah kelegaan perasaan

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 20 Mei: Unit Bimbingan Kaunseling Tabung Haji (TH) pada tahun ini meningkatkan lagi kaedah penyampaian perkhidmatan mereka dengan mewujudkan sudut ‘Ranting Hati’ sebagai ruang untuk para jemaah meluahkan kecelaruan perasaan yang terbuku di hati.

Kaunselor TH Mohd Najib Harun berkata, ranting hati merupakan satu bentuk perluahan melalui penulisan yang diwujudkan bagi menangani kebimbangan yang dialami jemaah sepanjang berada di tanah suci pada musim haji kali ini.

“Kenapa Ranting Hati? Kita wujudkan ranting-ranting itu supaya jemaah boleh mengeluarkan isi hati, pemikiran ataupun kata-kata semangat yang boleh diberikan kepada jemaah-jemaah lain.

“Secara mekanisme kita dapati setelah seminggu kita perkenalkan kita dapati jemaah menyambut baik kerana apabila kita menawarkan kepingan-kepingan kertas untuk mereka menulis apa yang mereka rasa, kita pun terkejut dan tak sangka ia dapat sambutan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Najib Harun menambah antara perluahan yang diterjemahkan ke atas daun-daun ranting hati tersebut adalah seperti masalah kerinduan keluarga di tanah air dan ingin merubah diri bagaimana mereka mahu meningkatkan daya ketahanan diri ketika berada di tanah suci.

“Apa buktinya? Kita dapati kata-kata semangat bila mana mereka bermonolog secara sendiri, misalnya di dalam daun itu mereka menulis mudahan hati ini terus cekal, semoga hati terus kuat dan sebagainya. Maka kata-kata ini kita refleks bahawa mereka ini sedang cuba berjuang untuk melawan kata hati.

“Mereka tidak mahu pun berjumpa kita secara lisan, tapi mereka sekadar nak membentukkan satu perluahan melalui naratif terapi seperti ini,” ujarnya lagi.

Najib Harun memberitahu, Unit Kaunseling yang diwujudkan TH merupakan satu bidang kemanusian melibatkan aspek sosial untuk memberi ruang kepada perhubungan individu yang dapat memberi kelegaan perasaan, pemikiran dan membentuk tingkah laku yang terkawal dalam kalangan jemaah.

Dalam pada itu Najib Harun berkata unit bimbingan itu juga turut melakukan ziarah dari bilik ke bilik untuk bertemu jemaah dan memberi khidmat kaunseling kepada mereka.

“Daripada lawatan silaturahim yang kita jalankan juga, tidak boleh dinafikan bahawa ada kes kaunseling yang perlu diberi perhatian dalam bentuk kaunseling sebenar,” tamibahnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan