Search
Close this search box.
Azizah Awang Dollah ketika ditemui pemberita baru-baru ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Wanita warga emas gigihkan diri terima panggilan haji tanpa pengiring

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 20 Mei: Seorang wanita warga emas dari Kota Bharu, Kelantan mengambil langkah berani menggigihkan diri apabila menerima panggilan haji pada tahun ini tanpa pengiring di sisi.

Azizah Awang Dollah, 73, berkata, dia sebelum ini pernah menolak tawaran haji selama empat kali berikutan kekangan kesihatan, COVID-19 dan bertukar nombor telefon.

“Apabila mendapat panggilan lagi untuk kali kelima, makcik fikir kena pergi juga sebab Allah dah panggil. Empat kali dah tolak kali ini kena pergi juga walaupun tiada peneman.

“Makcik yakin Allah ada dan akan bantu makcik walaupun pergi seorang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Azizah yang merupakan pesara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu berkata, anaknya tidak perlu mengiringinya kerana dia masih mampu dan tidak menghidapi masalah penyakit kronik seperti darah tinggi ataupun jantung.

“Makcik ada seorang anak berumur 40 tahun dan dua orang cucu…cuma makcik kena beringat dan bawa duit lebih sikit untuk upah orang tolak kerusi roda seperti ketika umrah pertama tempoh hari,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai bagaimana sosok warga emas yang berusia 73 tahun itu masih mampu menjaga kesihatan dirinya, dia menyarankan pengambilan pemakanan sederhana dan elakkan daripada makan makanan berminyak serta hanya makan makanan direbus saja menjadi petua penjagaan kesihatannya.

“Makcik juga makan habbatus sauda dan minyak zaitun tiap-tiap hari sebagai amalan untuk kekal sihat,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan