Search
Close this search box.
Keadaan lori pengangkut jengkaut yang jatuh ke dalam gaung di Jalan Engkari Lemanak, Sungai Kesit, Betong, malam tadi. Foto JBPM

Dua maut lori angkut jengkaut terbabas ke dalam gaung

ByAmirah Shawel

BETONG, 21 Mei: Dua lelaki maut apabila lori yang membawa jengkaut dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Jalan Engkari Lemanak, Sungai Kesit, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Robson Mike Dominic Giman dan Hendry.

“Tiada operasi penyelamatan dijalankan oleh pihak bomba dilokasi kerana kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja kem balak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Betong menerima panggilan pada 7.29 malam.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan