Search
Close this search box.
Benjamin Netanyahu (tengah) tiba untuk mesyuarat parti di Parlimen Israel, Knesset, di Baitulmaqdis pada 20 Mei 2024. Foto AFP

Netanyahu tolak, jijik dengan waran tangkap pendakwa ICC

ByAFP

AL-QUDS, 21 Mei: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak dengan rasa jijik permohononan Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk waran tangkap atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

Pendakwa Raya ICC, Karim Khan pada Isnin mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant serta pegawai-pegawainya.

Netanyahu dalam satu kenyataan berkata beliau enggan menerima perbandingan Pendakwa Raya The Hague antara demokratik Israel dan Hamas.

Beliau berkata ICC tidak berhak membandingkan tentera IDF yang disifatkan sebagai tentera paling bermoral di dunia dengan Hamas.

Pendakwa Raya berkata beliau sedang mendapatkan waran terhadap Netanyahu dan Gallant untuk jenayah termasuk ‘pembunuhan dengan sengaja’, ‘pemusnahan’ dan ‘kebuluran’.

Selain itu, turut disenaraikan di bawah permohonan waran tangkap berkenaan adalah pemimpin-pemimpin Hamas; Yahya Sinwar, Mohammed Deif Dan Ismail Haniyeh.

Karim Khan berkata, permohonan yang dibuat pada Isnin itu berikutan terdapat alasan munasabah untuk mengaitkan kedua-dua pihak berkenaan melakukan jenayah kemanusiaan dan perang sejak 7 Oktober lalu.

Sejak Oktober tahun lalu, tentera Israel membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Menurut Pejabat Media Kerajaan berpangkalan di Gaza, tentera Israel melakukan 3,021 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga warga Palestin di seluruh semenanjung Gaza sejak serangan Israel bermula pada 7 Oktober tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan