Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta rombongan ketika mengadakan lawatan ke Yeongheung Energy Park, Incheon, Korea Selatan. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak pembekal tunggal gas hidrogen, ammonia kepada Korea Selatan

ByNajib Imran

INCHEON, 22 Mei: Sarawak melalui anak syarikat, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) iaitu SEDC Energy akan menjadi satu-satunya rakan pembekal gas hidrogen dan ammonia kepada syarikat-syarikat tenaga di Korea Selatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu diambil bagi membantu usaha peralihan kepada tenaga hijau di negara tersebut.

Sarawak pembekal tunggal gas hidrogen, ammonia ke Korea Selatan | TVS

“Dalam perbincangan, kita akan terus berusaha menandatangani kerjasama antara Korea Selatan dan Sarawak terutama dari sudut teknologi mereka agak kehadapan,” katanya kepada TVS.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Yeongheung Energy Park.

Abang Johari menambah, ketika ini negara itu berkehendakkan bahan mentah dan Sarawak mampu membekalkannya kepada Korea Selatan.

Beliau turut memberi bayangan bahawa Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) juga akan membangunkan loji jana kuasa serupa dengan negara tersebut.

“Sekarang ini ada teknologi baharu iaitu penggabungan antara kedua-dua bahan iaitu arang batu dan ammonia serta hidrogen.

“Memandangkan kita membekalkan hidrogen dan ammonia, loji jana kuasa kita juga boleh ditukar kepada bahan tersebut selain hidro,” katanya.

Menyentuh mengenai lawatan ke Yeongheung Energy Park, beliau memberitahu stesen janakuasa tersebut yang mampu menghasilkan sehingga 5,000 megawatt elektrik akan membangunkan terminal ammonia dan Sarawak akan menjadi pembekal utama kepada terminal tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan