Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sebanyak 16 sajian makanan akan dihidangkan kepada jemaah haji termasuk sesi sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Foto Zen Hashim (TVS)

Lembaga Tabung Haji guna kaedah MRE, bekal sajian jemaah pada operasi Masyair

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 23 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menggunakan kaedah penyediaan makanan MRE (Meals, Ready-To-Eat) bagi menampung 31,600 jemaah haji Malaysia ketika melakukan kemuncak ibadah haji pada operasi Masyair.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata 16 sajian makanan akan dihidangkan kepada jemaah haji termasuk sesi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

“Daripada 16 sajian ini, sembilan sajian akan dilakukan secara MRE (Meals, Ready-To-Eat) atau sajian sedia dimakan, manakala tujuh lagi sajian akan dimasak di dapur semasa berada di perkhemahan Arafah dan Mina.

“Sajian tersebut seperti nasi lemak bersama sambal, ikan bilis dan kacang, nasi goreng ayam, ayam masak lemak, ayam masak merah dan daging masak kicap. MRE ini lebih kepada menyediakan lauk untuk dimakan, manakala nasi putih akan dimasak di perkhemahan Arafah dan Mina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau stor penyimpanan makanan MRE bagi jemaah haji Malaysia di sini pada Rabu.

Lembaga Tabung Haji tanggung SAR30 juta kos makanan sepanjang musim haji

 

Kata Syed Saleh, bagi mengurangkan risiko kerosakan makanan, Lembaga Tabung Haji dan Syarikat Mashariq menggunakan dua sumber pembekal iaitu dari Malaysia dan Thailand.

“Kita tidak bergantung kepada satu pembekal sahaja kerana kita mengambil kira dari segi pengurusan risiko supaya makanan MRE ini terjamin dari segi keselamatan, terjamin dari segi pembekalannya yang sampai ke Arab Saudi dan juga ia selamat untuk dihidangkan kepada jemaah haji semasa berada di Arafah dan Mina,” ujarnya lagi.

Tambah Syed Saleh, segala urusan tempahan telah dilakukan oleh Syarikat Mashariq yang bertanggungjawab dalam menyediakan makanan semasa operasi Masyair.

Menurutnya lagi, 236,000 pek makanan MRE sudah tiba di Mekah dan telah dibawa ke stor penyimpinan Mashariq.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, kaedah penyediaan MRE ini turut mengambil kira langkah keselamatan, selain dapat menjimatkan masa dan ruang bagi operasi dapur di perkhemahan Masyair nanti.

Petugas Kementerian Kesihatan pantau premis penyediaan makanan jemaah haji

“Kalau dahulunya semua 16 sajian di masak sekali gus di dapur, sudah tentu ia memberi beban kepada tukang masak dan petugas dapur dalam suasana yang serba kekurangan.

“Dengan adanya sembilan MRE maka dapur itu hanya perlu menyediakan tujuh sajian dan ia tidak membebankan.

“Ia juga boleh mengelakkan daripada kemungkinan kejadian kebakaran di perkhemahan kerana penyediaan MRE hanya perlu direndam di dalam air panas sahaja,’ tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan