Search
Close this search box.
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (tengah) menceritakan kesyukurannya berpeluang menunaikan haji tahun ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Juara qari mimpi ke tanah suci, kini tunai haji

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 23 Mei: Cacat penglihatan bukan penghalang untuk Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 26, menunaikan ibadah rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Berkongsi cerita, johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun lepas itu memaklumkan, keinginannya untuk ke tanah suci timbul selepas mengalami mimpi indah itu ketika berusia 13 tahun.

“Pada suatu malam saya terlelap, tiba-tiba dalam mimpi tersebut terpampang gambaran di Madinah.

“Allah SWT datangkan satu mimpi untuk saya datang ke Madinah, mimpi itu menceritakan saya dan kanak-kanak yang lain sedang bersolat di dalam Masjid Nabawi di sekeliling tiang-tiang putih. Kemudian selesai saya bersolat saya bermain dengan kawan-kawan, selepas itu ada seorang imam menyuruh saya solat serta berdoa.

“Apabila terjaga, saya ceritakan mimpi itu kepada kedua ibu bapa secara terperinci termasuk jumlah tiang dalam Raudah,” katanya ketika ditemui petugas media di hotel penginapannya di sini, hari ini.

Dalam pada itu Muhammad Qayyim yang mengalami masalah penglihatan sejak dilahirkan berkata apabila mendapat tahu tentang tawaran menunaikan haji itu, beliau merasa sangat gembira dan teruja sehingga saban hari berdoa agar detik berangkat ke Tanah Suci dipercepatkan.

“Hari saya nak datang ke Mekah ini merupakan hari peperiksaan akhir, tetapi disebabkan terlalu teruja, saya sudah tidak memikirkan tentang kertas peperiksaan terakhir yang saya duduki dan berdoa ia cepat berakhir supaya dapat berangkat menunaikan haji,” katanya.

Beliau yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan itu berangkat ke Tanah Suci dengan ditemani ayahnya, Sarimi Yusof, 59, dan ibunya Rozan Mohamed, 51.

Muhammad Qayyim pernah menjadi juara qari empat kali peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan iaitu 2012, 2017, 2020 dan 2023. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan