Search
Close this search box.
Antara babak filem Pesan Inik yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak asyik mendengar alunan muzik Belikan. Foto PETRONAS

PETRONAS lancar filem Pesan Inik sempena Gawai, tonjol budaya masyarakat Iban

ByRegina Lee

KUCHING, 24 Mei: Berbaki lapan hari lagi untuk sambutan perayaan Hari Gawai Dayak, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) turut memeriahkan sambutan dengan menghasilkan filem berjudul Pesan Inik.

Filem ini mengisahkan kebijaksanaan seorang nenek yang menjadi pegangan masyarakat Iban dan peringatan berterusan kepada generasi muda dalam menjunjung adat dan nilai moral.

Ia merakamkan sambutan meriah perayaan Hari Gawai Dayak dalam suasana rumah panjang moden di Rumah Panjang Thomas Sigat di Saratok.

Menurut Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS Siti Azlina Abdul Latif, filem berkenaan menggunakan pendekatan inovatif dalam menggabungkan elemen kemodenan dengan tradisi.

“Pesan Inik membawa pesanan inti pati Gawai melalui kaca mata kebijaksanaan seorang nenek yang abadi, terkandung dalam lima mutiara bimbingannya. Mutiara ini, simbolik kepada adat dan nilai moral kaum Iban, menjadi tunjang kepada generasi muda dalam menjadi dorongan untuk mempertahankan warisan mereka dalam menghadapi arus kemodenan.

“Ia menggunakan unsur-unsur tradisi seperti puisi kaum Iban yang dikenali sebagai ‘Leka Main’ dan mempamerkan khazanah budaya yang terancam seperti alat muzik tradisional Iban, Belikan, serta permainan tradisional Batak Lampung,” katanya berucap pada pembukaan sempena majlis tayangan filem Pesan Inik PETRONAS 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, penerbitan filem berkenaan adalah bukti pengiktirafan dan penghargaan PETRONAS terhadap kepelbagaian budaya dan keharmonian kaum di Sarawak.

‘Dalam pada kita menyambut Hari Gawai, kita amat berbangga mendapat sokongan PETRONAS yang telah menjadi rakan kongsi yang teguh dalam usaha mempromosikan warisan budaya Sarawak di persada dunia.

‘Melalui filem ini, kita dapat mempamerkan tradisi dan adat resam yang unik kepada orang ramai dengan lebih luas, dan kita bersyukur atas sokongan berterusan mereka terhadap tujuan kita,” jelasnya.

Pesan Inik boleh ditonton menerusi YouTube dan Facebook rasmi PETRONAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan