Search
Close this search box.
Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan yang dikeluarkan oleh ICJ berkenaan permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza (Afrika Selatan lwn Israel). Foto fail AFP

Malaysia sambut baik keputusan ICJ arah Israel hentikan segera serangan di Rafah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk arahan supaya Israel menghentikan dengan segera serangan tenteranya di Rafah.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata ICJ juga mengarahkan Israel supaya mengekalkan pembukaan pintu sempadan di Rafah bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

“Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan yang dikeluarkan oleh ICJ berkenaan permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza (Afrika Selatan lwn Israel).

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mematuhi langkah-langkah sementara tambahan yang telah diputuskan oleh ICJ kerana kegagalan Israel untuk mematuhi arahan berkenaan adalah satu penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

ICJ juga mengarahkan Israel untuk memastikan akses tanpa halangan kepada mana-mana suruhanjaya siasatan, misi pencarian fakta atau badan siasatan yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan genosid di Gaza.

ICJ turut mengarahkan Tel Aviv untuk melaporkan tindakan yang telah diambil Israel mengenai arahan mahkamah dalam tempoh sebulan.

Wisma Putra berkata Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.

Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam berkata Israel perlu segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian kepada penduduk Palestin di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Hakim membacakan perintah mengenai langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel.

ICJ berkata pengubahsuaian dalam perintah pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan di Rafah, iaitu pelarian Palestin telah berlindung daripada perang yang bermula pada Oktober. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan