Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Yeo Seung-Bae di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Korea Selatan perkukuh kerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Jun: Republik Korea (Korea Selatan) memperkukuhkan kerjasama dengan Sarawak menerusi sektor tenaga boleh diperbaharui khususnya hidrogen hijau.

Duta Republik Korea ke Malaysia, Yeo Seung-Bae berkata Korea dan Sarawak menunjukkan pembangunan berterusan sejak beberapa tahun lalu dan beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang sangat baik.

“Pembangunan tersebut khasnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Justeru saya mengadakan perbincangan dengan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) mengenai bagaimana untuk menambah baik, menguatkan lagi kerjasama antara Korea dan Sarawak dalam sektor berkenaan.

“Pada masa ini terdapat beberapa syarikat Korea bertapak dan beroperasi di Sarawak, antaranya OCI, Lotte Materials dan Samsung Engineering, dan sekarang banyak (syarikat) fokuskan kepada projek hidrogen hijau iaitu H2Biscus dan CCU (Carbon Capture and Utilization),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Yeo Seung-Bae berkata lagi projek-projek tersebut berjalan dengan baik dan lancar dan pihaknya memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan agenda tersebut.

Abang Johari hari ini merasmikan Asia Pacific Green Hydrogen Conference (APGH) 2024 yang diadakan di BCCK.

APGH membabitkan 95 organisasi global mengambil bahagian dalam pameran terbuka dan percuma kepada orang ramai, dengan kira-kira 500 delegasi tempatan dan antarabangsa dari lebih 20 negara mengambil bahagian dalam sesi persidangan itu.

Acara yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 12 Jun itu menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar, pakar dan pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk meneroka dan mempromosikan potensi hidrogen hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan