Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampai ucaptama pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Pasifik 2024 di Kuching hari ini. Foto Radzi Ahmad

Sarawak tubuh Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih

KUCHING, 10 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih di Sarawak.

Menurutnya, inisiatif baharu itu akan mempelopori penubuhan dan pengurusan tenaga bersih di wilayah ini.

“Pusat ini mencerminkan komitmen Sarawak terhadap inovasi dan kemajuan dalam sektor tenaga bersih.

“Ia akan menjadi hab inovasi, penyelidikan dan pembangunan, mengumpul saintis, jurutera, penggubal dasar, serta pemimpin industri untuk menerajui teknologi canggih yang memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Jelasnya, pusat itu bertujuan untuk memacu kemajuan dalam bidang tenaga bersih seperti hidrogen, tenaga hidroelektrik, tenaga suria, biojisim, dan teknologi baharu yang lain.

“Fokus kami adalah pada penyelesaian tenaga lestari yang memenuhi keperluan masa kini sambil melindungi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan