Search
Close this search box.
Kumpulan muzik tradisional dari Jepun, Seppuku Pistols ditemui TVS baru-baru ini di Rumah Panjang Engkranji Layar di Betong. Foto Alex Teo (TVS)

Seppuku Pistols impi beraksi di RWMF 2025

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Jun: Ingin beraksi di pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025, kumpulan muzik tradisional Seppuku Pistols dari Jepun berhasrat untuk kembali ke Sarawak lagi.

Salah seorang ahlinya, Katsuya berkata mereka berminat untuk berkongsi pentas dengan kumpulan pemuzik lain, terutama kumpulan muzik genre ‘punk rock’ tempatan.

Kumpulan muzik tradisional Seppuku Pistols dari Jepun. Foto Alex Teo (TVS)

“Kami mahu kembali ke Sarawak dan membuat persembahan di RWMF dan juga berkolaboratif dengan kumpulan punk rock di Kuching. Ini kerana kumpulan kami merupakan kumpulan muzik gandingan punk rock dan juga tradisional. Sungguh menarik kalau kami berpeluang untuk bermain (muzik) bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS baru-baru ini di Rumah Panjang Engkranji Layar di Betong.

Selain itu, Katsuya turut menyatakan bahawa mereka turut tertarik dengan budaya dan kehidupan seharian masyarakat Sarawak yang diakuinya seolah sama dengan kehidupan masyarakat di Jepun antara mendorong mereka datang ke sini.

“Saya menyukai baju tradisional (kaum Iban) dan bagaimana mereka mengenakan pakaian itu. Semuanya adalah tradisional dan sesuatu yang tidak biasa dilihat bagi kami. Ia adalah sangat menarik. Saya mahu semua orang di serata dunia memelihara budaya mereka masing-masing,” katanya.

Seppuku Pistols merupakan antara barisan kumpulan muzik jemputan bagi Konsert Gawai Keamaatan 2024 di Betong pada Sabtu lalu.

Ia merupakan kumpulan yang terdiri daripada 20 orang ahli yang memainkan himpunan alat muzik tradisional Jepun seperti Shinobue (seruling) dan Hiradaiko (dram).

Keunikan persembahan mereka turut diserlahkan lagi dengan ahlinya yang mengenakan pakaian tradisional Jepun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan