Search
Close this search box.

Kerajaan Negeri Sarawak Rangka Pelan Induk Bangunkan Belaga – Abang Johari

ByEekbal Yusuf

SIBU: Kerajaan Negeri Sarawak sudah mempunyai pelan induk untuk membangunkan Belaga yang terletak kawasan hulu Batang Rajang, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata pelan induk itu merangkumi pembangunan kawasan perumahan dan komersial baharu serta pembangunan seberang Belaga yang akan bersambung dengan empangan elektrik hidro Bakun.

Jalan raya yang menghubungkan Belaga dengan Kapit dan Bintulu juga akan dibina selain menara telekomunikasi bagi menyediakan akses kepada teknologi maklumat yang lebih baik.

“Walaupun pembinaan jalan raya itu memakan ongkos yang besar, tapi kalau niat kita baik (untuk membantu rakyat), Tuhan akan bantu kita.

“Ini perancangan masa depan kerajaan, kita akan membangun mengikut peredaran zaman. Kita perlu bina menara (telekomunikasi) bagi membolehkan Belaga tidak terpisah daripada pembangunan,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Tebingan Belaga di pekan Belaga, kira-kira 410 kilometer dari sini.

Abang Johari berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi membina Belaga Town Square yang akan mewujudkan landskap baharu di bandar itu secara keseluruhan.

Beliau berkata keadaan Sarawak yang stabil dari segi politik dan ekonomi membolehkan negeri itu menjana pendapatannya sendiri untuk digunakan bagi melaksanakan pembangunan berterusan.

Katanya untuk mencapai status negeri termaju di Malaysia menjelang 2030, Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa berusaha mempelbagai dan menambahkan lagi sumber pendapatan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment