Search
Close this search box.

KKM Dan ATM Buka Hospital Sementara Di Penjara Pokok Sena

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR: Sebuah hospital sementara dibuka dalam Penjara Pokok Sena, Kedah bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk menempatkan pesakit dari penjara di sekitar Kedah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata dua blok bangunan bengkel sedia ada dalam kawasan penjara itu sedang ditukar fungsi untuk dijadikan kemudahan sementara bagi tujuan berkenaan.

“Ia termasuk (mereka) yang memerlukan bantuan oksigen, selain mampu menempatkan sehingga 250 orang jika perlu. Kemudahan ini juga boleh menempatkan pesakit dari penjara-penjara di sekitar Kedah,” katanya  dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memperincikan lanjut, Dr Adham berkata hospital sementara yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Selasa ini lengkap dengan kemudahan kategori tiga dan kategori empat iaitu mempunyai kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, sebelum dihantar ke Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar. 

Hospital berkenaan adalah hasil kerjasama strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas kejayaan mewujudkan hospital medan di Tawau, Sabah.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan