Search
Close this search box.

Ketibaan Pelancong Di Sarawak Susut Hampir 70 Peratus Bagi Tempoh Jan-Okt 2020

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Ketibaan pelancong di Sarawak susut kepada 1.17 juta iaitu penyusutan sebanyak 68.8 peratus bagi Januari hingga Oktober tahun ini daripada 3.76 juta pada tempoh sama 2019, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata pelancongan merupakan antara sektor ekonomi yang terjejas teruk berikutan impak pandemik COVID-19 sehingga mengakibatkan kemerosotan yang tidak pernah dialami sebelum ini, dan tidak seperti sektor lain, pelancongan memerlukan tempoh lebih panjang untuk pulih susulan penutupan sempadan dan sekatan perjalanan.

“Perbelanjaan pelancong susut 69.8 peratus kepada RM2.82 bilion daripada RM9.34 bilion bagi tempoh yang sama.

“Menjelang akhir 2022, Sarawak menjangkakan ketibaan pelancong sebanyak 1.2 juta, penurunan 76 peratus daripada sasaran awal yang dibuat sebelum pandemik berlaku iaitu sebanyak lima juta,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata sektor pelancongan negeri diunjurkan mencatatkan pemulihan secara perlahan pada 2021, dengan jangkaan ketibaan pelancong berjumlah 1.4 juta dan anggaran perbelanjaan pelancong bernilai RM3.5 bilion.

“Kementerian Pelancongan negeri telah mengambil beberaoa langkah untuk mengurangkan impak pandemik dan membantu menggiatkan semula industri pelancongan seperti respons terhadap situasi semasa dengan pantas menerusi penelitian semula strategi pemasaran untuk menjuruskan inisiatif promosi dan pemasaran kepada pelancongan domestik.

“Lembaga Pelancongan Sarawak memulakan kempen perjalanan dalam negeri, ‘Sia Sitok Sarawak’, yang mengetengahkan 30 pakej pelancongan dari Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu pada harga berpatutan dengan memberikan potongan 50 peratus untuk mendorong warga Sarawak melancong dalam negeri sendiri,” katanya.

Awang Tengah berkata, Kementerian Pelancongan negeri bersama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak telah memulakan kajian bagi Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga bagi merangka hala tuju masa depan industri pelancongan negeri untuk pulih daripada kesan COVID-19.

“Kementerian merancang untuk menumpukan beberapa bidang seperti membangunkan kemudahan dan infrastruktur pelancongan bagi produk ekopelancongan khusus Sarawak yang melibatkan antaranya taman negeri, pantai dan air terjun di samping memelihara, memulihara dan mempromosikan sejarah, budaya dan warisan Sarawak yang unik melalui muzium, kota, bangunan warisan dan tapak arkeologi,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan