Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Mei -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 di Wisma Bapa Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUCHING, May 8 -- Sarawak Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg speaking during the Sarawakku Sayang 3.0 Special Aid Launching Ceremony at Wisma Bapa Malaysia today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Sarawak Dalam Proses Dapatkan Lesen Perbankan Digital – Abang Johari

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah mengemukakan hasrat untuk mendapatkan lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mewujudkan kemudahan terbabit di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka dan bank-bank runcit tempatan terbabit dalam usaha menubuhkan perbankan digital yang berdaya tahan, adil serta dinamik.

“Kerajaan Sarawak kini dalam proses mewujudkan prasarana dan kemudahan telekomunikasi di serata negeri bagi menyokong perbankan digital serta inisiatif digital lain,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Menurut Abang Johari, Kabinet Negeri itu akan menyediakan usaha asas ke arah pewujudan prasarana perbankan baharu itu yang diperlukan oleh kalangan generasi muda Sarawak untuk meraih manfaat besar yang ditawarkan oleh ekonomi digital.

“Suka atau tidak, kita berada dalam era yang mana sesiapa pun mampu menghasilkan apa sahaja secara cetakan 3-D (tiga dimensi), dapat mengetengahkan bakat di peringkat global menerusi YouTube atau beli apa sahaja produk dari China melalui AliBaba.com atau platform lain,” katanya.

Abang Johari yang Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak, berkata ekonomi masa kini merentasi rangkaian yang berpengaruh dan terbukti mengubah landskap kaedah perniagaan serta penggunaan, pekerjaan serta saluran komunikasi rakyat.

Beliau berkata, jualan juga semakin meningkat sama ada secara dalam talian atau platform digital berbanding menerusi premis fizikal.

“Modal tidak ketara kini semakin penting berbanding modal fizikal. Sebagaimana yang kita lihat dan baca, data-data kini merupakan (sumber) perolehan baharu,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment