Search
Close this search box.

Dokumentari e-Sukan Pertama Di Malaysia Sedia Beri Inspirasi Kepada Pencinta Permainan Video

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Peminat sukan elektronik (e-Sukan) di Malaysia akan berpeluang menyaksikan lima episod dokumentari yang membabadkan kebangkitan e-Sukan dan industri permainan video di Malaysia sepanjang 14 tahun lalu.

Dokumentari berjudul “Jalur 14” akan mengetengahkan 14 ikon e-Sukan Malaysia termasuk pemain yang mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Chai ‘Mushi’ Yee Fung, Ng ‘YamateH’ Wei Poong dan pemenang pingat emas pertama e-Sukan negara pada Sukan SEA Manila 2019, Dr Yew Weng Kean selain pemain muda dalam industri ini seperti Mohd Fariz ‘Soloz’ Zakaria, Ahmad Fuad ‘Fredo’ Razali, dan Andriyana ‘Chuchu Gaming’ Mohamed Ghazali.

Siri dokumentari ini akan disiarkan di saluran terpilih pada 26 Nov ini dan akan menceritakan kisah pemain berkenaan daripada mereka tidak terkenal sehingga berjaya menerusi perkongsian mengenai perjuangan, cabaran dan pengalaman yang dilalui untuk berjaya dan mengibar Jalur Gemilang di atas pentas dunia.

Bercakap semasa pelancaran dokumentari itu semalam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kementerian itu akan terus meyakini potensi e-Sukan dan industri permainan video.

“Dengan RM15 juta diperuntukkan untuk e-Sukan dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, kami mahu inisiatif ini mencipta peluang yang meningkatkan kemahiran dan membina belia kita yang mempunyai minat mendalam dalam industri permainan video. Kami amat berbangga dengan bakat-bakat diketengahkan dalam Jalur 14,” katanya.

Beliau berharap siri dokumentari ini memberikan inspirasi kepada pencinta permainan video untuk menjadi penggerak utama dalam industri e-Sukan Malaysia.

Reezal Merican juga berkata terdapat keperluan untuk kerangka dan mekanisme yang melindungi kebajikan dan hak pemain e-Sukan.

“Pemain ini adalah tulang belakang kepada seluruh industri dan sebuah ekosistem yang lestari tidak mengeksploit dan membiarkan pemain tanpa dilindungi,” katanya.

Tonton episod pertama Jalur 14 pada pukul 9 malam, 26 Nov di saluran 800 Astro eGG Network untuk semua pelanggan televisyen berbayar, Astro.  

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan