Search
Close this search box.

Ekonomi APEC Akan Bekerjasama Dengan Pemimpin Perniagaan, Sektor Swasta Gerak Integrasi Ekonomi

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Malaysia dan ekonomi-ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) lain akan terus bekerjasama dengan pemimpin perniagaan dan sektor swasta dalam menggerakkan integrasi ekonomi dan kerjasama yang lebih kukuh di rantau ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sektor swasta boleh memainkan peranan lebih aktif dan efektif dalam mengemudi rantau ini ke arah laluan pemulihan ekonomi, ketika ekonomi global terus berkembang.

“Bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang dihasratkan, kita perlu turut memasukkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan wanita, penduduk asli dan belia dalam penciptaan peluang bagi memastikan manfaat kemakmuran perdagangan dan serantau terus dikongsi sama rata,” katanya dalam ucapan alu-aluan beliau pada Mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan APEC ke-4 di sini, semalam. 

Mohamed Azmin juga menegaskan Malaysia, bersama-sama negara anggota lain, menyedari bahawa meskipun usaha membendung penularan virus (COVID-19) menjadi keutamaan utama setiap ekonomi, memulihkan kegawatan ekonomi juga perlu diberikan kepentingan yang sama.

Menteri-Menteri APEC yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan menegaskan kepentingan kerjasama di semua peringkat dalam mengekalkan pasaran terbuka.

Deklarasi mereka untuk memudahkan aliran barangan penting dalam APEC merupakan petunjuk jelas komitmen tidak berbelah bahagi rantau ini bagi memastikan rantaian bekalan barangan penting kekal tanpa sebarang halangan, katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan