Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 5 April -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. Beliau berkata proses nyah cemar dilaksanakan di 83 kawasan di 11 negeri semalam. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***

Lebih 8,000 Individu Cuba Ceroboh Sempadan Negara Ditahan Sejak 1 Mei – Ismail Sabri

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Ops Benteng yang dijalankan bagi mengawal ketat sempadan negara berjaya menahan seramai 8,427 pendatang tanpa izin, 789 tekong dan 351 penyeludup bagi tempoh 1 Mei hingga semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 227 bot serta 922 kenderaan darat dirampas menerusi operasi bersepadu tersebut yang turut bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan COVID-19 di negara ini.

“Semalam Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 pendatang tanpa izin, dua penyeludup serta merampas tiga bot/kapal dan tiga kenderaan darat.

“Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam, melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (210), Polis Diraja Malaysia (54) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (10),” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) hari ini.

Turut terlibat dalam Ops Benteng ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata 517 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

Daripada jumlah itu, 467 individu dikompaun manakala 50 pula direman, dan antara kesalahan ingkar arahan tersebut ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (187), tidak memakai pelitup muka (83) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63).

“Kesalahan lain ialah aktiviti di pusat hiburan (56), aktiviti perjudian (42), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (49),”katanya.

Menyentuh mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 69,443 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua mereka telah ditempatkan di 69 hotel dan 22 Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

Seramai 396 individu pula telah dihantar ke hospital untuk rawatan, katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS