Search
Close this search box.

Pengarah Urusan IOI Corp Diiktiraf CEO Transformasi Digital Terbaik Tahun Ini

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan antarabangsa terkemuka, International Data Corporation (IDC), memberi pengiktirafan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif IOI Corporation Bhd, Datuk Lee Yeow Chor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Transformasi Digital Malaysia Terbaik tahun ini.

Menurut IDC, tujuan anugerah itu tahun ini adalah mengiktiraf perusahaan dan individu yang memberi nafas baru kepada perniagaan masing-masing dalam keadaan normal baharu.

“Berlandaskan kepimpinan Lee, IOI melaksanakan usaha transformasi dan pendigitalan perniagaan dengan jayanya untuk menjadi perusahaan pintar,” kata IDC dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Lee berkata IOI menggunakan Sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) SAP dalam perniagaan pembuatan berasaskan sumber hiliran sejak lebih 15 tahun lepas.

“Pada 2018, IOI memutuskan untuk melaksanakan Sistem ERP SAP bersama-sama Sistem Pemantauan Perladangan Elektronik (ePMS) dengan menggunakan peranti pegang dalam perladangan sawit, yang merupakan perniagaan pertanian utama,” katanya.

Beliau berkata program transformasi digital itu bertujuan mengoptimumkan aktiviti di seluruh rantaian nilai untuk memaksimumkan pengeluaran, meminimumkan kos dan memenuhi kelancaran situasi pasaran.

“Ini adalah projek yang jauh lebih bercita-cita tinggi, melibatkan 107 unit perniagaan dan 170,000 hektar tanah serta lebih 1,200 pengguna — kebanyakan mereka berada di kawasan yang terasing dan mengalami kesalinghubungan Internet yang tidak stabil,” katanya.

Sejak pandemik COVID-19 menular, platform menggunakan mudah alih dan bersepadu itu telah membolehkan IOI Group beroperasi tanpa gangguan di samping memudahkan kerjasama, walaupun sebilangan pekerjanya perlu bekerja secara jarak jauh susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Program digitalisasi ini telah menjalani penentuan bentuk konsep sebelum pandemik melanda. Susulan pandemik, teknologi dan digitalisasi telah menjadi faktor kejayaan perniagaan yang penting.

 “Selepas menyelesaikan program ini, IOI menjadi semakin lebih berdaya tahan dan bersedia untuk transformasi ke peringkat kecekapan dan daya inovatf seterusnya,” katanya.

Lee berkata IOI bersedia untuk meneroka kaedah untuk mengautomasikan lagi dan mensistemkan aktiviti manual yang mengambil masa lebih panjang dengan membolehkan Automasi Pemprosesan Robotik.

“Pendekatan transformasi digital bersepadu ini memperkukuh asas perniagaan dan kemampuan IOI untuk mencipta nilai jangka panjang bagi semua pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham, pekerja dan masyarakat di kawasan yang menempatkan operasinya,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan