Search
Close this search box.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang dengan mencatatkan peningkatan semula sebanyak tiga mata peratusan kepada 6.1 peratus tahun ke tahun pada 2022.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang dengan mencatatkan peningkatan semula sebanyak tiga mata peratusan kepada 6.1 peratus tahun ke tahun pada 2022.

Petronas Lanjutkan Tempoh Sewaan Dengan KLCC REIT

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melanjutkan sewaannya Menara 3 Petronas dan Menara Berkembar Petronas daripada KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) untuk tempoh 15 tahun lagi selepas tempoh semasa sewaannya masing-masing berakhir pada 14 Disember, 2026 dan 30 September, 2027.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Petronas berkata sewaan itu dilanjutkan selepas pilihan lanjutan seperti yang dilaksanakan oleh Petronas di bawah perjanjian perjanjian sewaan bersih tiga kali ganda (TNL) untuk Menara 3 Petronas dan Menara Berkembar Petronas dengan jumlah sewa yang akan ditentukan sebelum lanjutan sewaan itu dikuatkuasakan.

“Semua terma dan syarat lain daripada perjanjian TNL tidak akan berubah dan sah untuk sewaan yang dilanjutkan,” katanya.

Petronas telah menandatangani perjanjian TNL pada 27 November 2012 dengan dua anak syarikat milik penuh KLCC Property Holdings Bhd, iaitu Arena Merdu Sdn Bhd dan Midciti Resources Sdn Bhd, bagi sewaan Menara 3 Petronas dan Menara Berkembar Petronas masing-masing untuk tempoh selama 15 tahun.

Susulan daripada penubuhan KLCC REIT pada 9 April 2013, perjanjian TNL untuk Menara 3 Petronas dimulakan melalui perjanjian pemula yang dimeterai antara Arena Merdu, Petronas dan Maybank Trustees bertarikh 2 Mei, 2013.

“Manakala perjanjian TNL untuk Menara Berkembar Petronas dimulakan melalui perjanjian pemula yang dimeterai antara Midciti Resources, Petronas dan Maybank Trustees bertarikh 3 Mei 2013,” katanya,

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan