Search
Close this search box.
GEORGETOWN 27 JUN 2020. Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad sempena program Sinergi Hijau Melestarikan Alam Sekitar dan Kampus Hijau Universiti Sains Malaysia (USM) di ladang kelulut, Eco Hub USM di sini. KHIS/DANIAL SAAD

Semua Kerajaan Negeri Setuju Laksana Kempen Tiada Beg Plastik

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri menyatakan sokongan untuk melaksanakan inisiatif Kempen Tiada Beg Plastik bagi meningkatkan penghayatan gaya hidup hijau dalam kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan inisiatif itu bertujuan menangani masalah pencemaran plastik sekali guna.  

“Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 yang bermesyuarat pada 18 Nov telah meluluskan Kertas Cadangan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibentangkan KASA.

“MNKT turut bersetuju meluluskan pelaksanaannya di semua premis seluruh negara dengan mengenakan caj minimum 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.

“Pengenaan caj ini berpandukan prinsip ‘user-pay-principle’ yang bertujuan menghindari penggunaan plastik sekali guna. Kutipan ini perlu diserahkan kepada PBT untuk digunakan bagi aktiviti kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan program berbentuk kempen itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1, mulai Dis 2020 hingga 2021 dengan pelaksanaan bertumpu kepada premis kekal iaitu pasar raya besar, pasar raya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian dan farmasi.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan Fasa 2 (2022-2025), kempen itu akan diperluaskan kepada jenis premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya.

“Usaha ini selari dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang bertujuan membendung pencemaran plastik sekali guna dan beralih kepada alternatif lain yang lebih mesra alam,” katanya.

Justeru, KASA akan bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dan PBT dalam usaha gerak kerja pelaksanaan kempen itu termasuk memberi penerangan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan menghindari penggunaan plastik sekali guna.

Orang ramai adalah digalakkan untuk membawa beg guna semula semasa membeli-belah dalam usaha bersama melestarikan alam sekitar.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan