Search
Close this search box.
Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada March 2020 untuk membendung penularan COVID-19. Foto fail TVS.

PKPB Di Beberapa Negeri Ditamatkan Untuk Elak Impak Ekonomi – Ismail Sabri

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Susulan pengurangan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri, kerajaan telah membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan.

“Dijangkakan KDNK negara akan kerugian sebanyak RM300 juta sehari jika PKPB terus dilaksanakan dan ini sekali gus akan mengakibatkan kemerosotan pasaran buruh dan penurunan perbelanjaan isi rumah, peningkatan ketidaktentuan pelaburan, kehilangan pekerjaan tetap, penutupan perniagaan dan kesan lain sama ada secara langsung atau tidak.

“Oleh sebab itu, kerajaan berhati-hati dan perlu mempertimbangkan semua aspek dalam merangka sebarang pendekatan bagi mewujudkan keseimbangan antara menjaga kesihatan awam dan kesan terhadap ekonomi,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP pada Sabtu.

Pada masa yang sama, katanya PKPB di Kulim, Kedah yang sepatutnya berakhir pada 6 Dis akan dilanjutkan sehingga 20 Dis berikutan terdapat 334 kes positif bagi kluster di Kulim.

Di Johor pula PKPB di Mersing ditamatkan pada 6 Dis seperti yang dijadualkan, manakala PKPB di Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Dis, sementara tiga daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dikenakan PKPB mulai 7 Dis hingga 20 Dis.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan