Search
Close this search box.

Katil ICU COVID-19 Di Empat Hospital Utama Sarawak Penuh

ByEekbal Yusuf

EMPAT hospital utama di Sarawak mengalami masalah katil wad Unit Jagaan Rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19 yang sudahpun penuh, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing.

Malah, katanya para doktor juga bertungkus lumus setiap hari untuk menukar alat bantuan pernafasan atau katil-katil di ICU bagi memastikan pesakit COVID-19 yang seterusnya dapat dirawat.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing

“Situasi COVID-19 di seluruh negara termasuk Sarawak sangat runcing. Kita ketika ini dalam krisis dan amat merayu kepada semua rakyat memainkan peranan. Tolong tinggal di rumah.

“Kita perlu memutuskan jangkitan COVID-19 dengan segera. Jika tidak 10 hingga 20 peratus kes positif COVID-19 perlu dimasukkan ke wad dan lima hingga 10 peratus akan memerlukan rawatan di ICU,” katanya dalam satu kenyataan.

Apa yang lebih membimbangkan, jumlah alat bantuan pernafasan di empat hospital utama tersebut juga tidak mencukupi.

Tambah Dr Chin, sistem penjagaan kesihatan ketika ini pada tahap kritikal kerana situasi dihadapi sekarang sangat berbeza berbanding tahun lepas.

Beliau merayu kepada semua agar membantu pasukan kesihatan dengan kekal berada di rumah, segera lakukan saringan kesihatan jika bergejala.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan