Search
Close this search box.

Tiga Kluster Baharu Dicatat Pada Isnin

ByEekbal Yusuf

JABATAN Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan tiga kluster baharu pada Isnin, masing-masing satu di Daerah Kuching, Lundu dan Bau.

Tiga kluster itu ialah Kluster Jalan Sultan Tengah di Kuching; Kluster Stunggang Melayu di Lundu dan Kluster Jalan Jambusan di Bau.

Kluster Jalan Sultan Tengah, merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja sebuah pusat peranginan di Santubong.

Bagi Kluster Stunggang Melayu, Lundu pula, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan di Kampung Stunggang Melayu, Lundu.

Manakala Kluster Jalan Jambusan pula merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan satu perhimpunan keluarga sempena sambutan Hari Ibu yang telah diadakan di sebuah premis kediaman di Jalan Jambusan di Daerah Bau .

Sementara itu, Sarawak pada Isnin mencatatkan 433 kes baharu COVID-19.

Miri mencatatkan kes tertinggi dengan 69 kes, Kapit 61 kes, Sibu (48), Kuching (47), Belaga (43), Bintulu (29), Pakan (25), Selangau (16), Samarahan (14), Bukit Mabong (10), Daro (9), Sarikei (7), Kanowit (6), Pusa (5), Sri Aman (5), Bau (5), Mukah (5), Subis (4), Song (4), Beluru (4), Sebauh (3), Serian (3), Matu (2), Tatau (2), Tebedu (2), Betong (2), Tanjung Manis (1), Asajaya (1) dan Meradong (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 38,816 kes.

Daripada 433 kes baharu yang dilaporkan, seramai 58 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, 375 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Berhubung kes kematian, Sarawak mencatatkan satu kematian pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian 225 orang.

Ia membabitkan pesakit berumut 70 tahun yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Sibu apabila disahkan positif pada 29 April melalui saringan kontak rapat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan