Search
Close this search box.

Bina Bangunan Sementara di Hospital Bintulu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, MEI 20: Kerajaan akan membina sebuah bangunan sementara menampung keperluan pesakit kronik termasuk pesakit Covid-19 di Hospital Bintulu.

Ketua Menteri Sarawak berkata, pembinaan sementara ini adalah bertujuan untuk menampung kesesakan pesakit di Hospital Bintulu yang mana hospital ini juga menerima pesakit dari luar seperti Mukah, Dalat dan Belaga.

“Untuk kos pembinaan bangunan sementara itu sedang dalam kajian untuk mengetahui jumlah katil yang diperlukan untuk ditempatkan di situ nanti,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Bintulu.

Pembinaan bangunan sementara tersebut akan dibini di kawasan perkarangan Hospital Bintulu dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Beliau juga telah menghadiri taklimat bersama Residen bahagian Bintulu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu, Jack Aman Luat, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung, Pengarah Hospital Bintulu, Dr Davis Johnraj dan Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan