Search
Close this search box.

Tiada Lesen Sabung Ayam Sempena Hari Gawai Dayak Tahun Ini – KM Sarawak

BINTULU, MEI 19: Kerajaan Sarawak mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen sabung ayam pada perayaan Hari Gawai Dayak pada tahun ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, beliau telah mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Residen untuk tidak memberikan lesen berkenaan sekiranya ada pihak yang memohon.

Beliau menegaskan, berikutan situasi pandemik yang semakin teruk, keputusan tersebut dilakukan dalam usaha kerajaan Sarawak membendung penularan wabak Covid-19.

“Saya minta maaf, betul-betul minta maaf, saya telah mengarahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Residen tidak mengeluarkan lesen sabung ayam.

“Semua rakyat di negeri ini perlu berkorban untuk tidak meraikan perayaan Hari Gawai Dayak pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Taklimat Khas Situasi Pandemik Covid-19 di Bahagian Bintulu di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Turut dihadiri Hadir sama, Menteri Utiliti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Turut diundang, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputera), Datuk John Sikie Tayai, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Aidi Ismail, Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat dan pegawai-pegawai berkaitan yang lain.


Selain itu, Ketua Menteri turut memohon setiap pemimpin masyarakat dan ketua kaum Dayak memainkan peranan melaksanakan langkah-langkah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat agar wabak COVID-19 tidak menular ketika perayaan Gawai.

Sebelum mengakhiri kata, beliau turut memuji usaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani penularan pandemik berkenaan di bahagian itu.

“Beberapa langkah telah dibuat oleh pihak JPBB Bintulu bagi membolehkan kita dapat mengawal angka positif COVID-19 ini termasuklah melaksanakan SOP yang agak ketat,” katanya. – Sumber: UKAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan