Search
Close this search box.

Dulunya Arkitek, Kini Jadi Usahawan Kecil- Cipta Pakaian Vaccine-friendly.

SENSITIVITI terhadap kesukaran muslimah yag masih mahu menjaga aurat ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 ktelah mencetus ilham seorang graduan untuk menjahit pakaian “vaccine-friendly“.

Dengan adanya baju vaccine-friendly, mereka tidak perlu lagi menyinsing lengan baju untuk menerima suntikan vaksin tetaapi kini hanya perlu membuka zip tepi lengan.

Nadhiratul Husna Abdul Haris, 27, mula timbul idea untuk membuat baju kurung ‘vaccine friendly’ setelah ibunya berkongsi mesej lengan baju sukar untuk diselak hingga ke lengan untuk dicucuk vaksin.

Rekaan beliau itu telah menjadi tular baru-baru ini di Twitter apabila dia memuat naik dua keping foto baju kurung rekaannya sendiri khas untuk ibunya yang akan mengambil vaksin.

ciapan Husna di Twitter
mesej dari ibunya
Baju kurung ‘vaccine friendly’ yang dihasilkan untuk ibu beliau

Sesuai dengan nama ‘vaccine friendly’. Beliau telah membuat zip di bahagian lengan baju kurung tersebut.

Zip yang dibuat pada tepi lengan baju

Rekaan beliau telah mendapat sambutan daripada netizen dan tempahan semakin banyak.

Menurut Nadhirah beliau sebelum ini hanya membuat baju untuk keluarga sahaja dan tidak pernah mengambil mana-mana tempahan. Tapi oleh oleh ramai yang berminat untuk menempah maka beliau membuka tempahan.

‘Saya memang minat menjahit kerana sukar mencari baju yang saya suka jadi sebolehnya saya reka sendiri mengkut citarasa saya. Di rumah mak ada mesin jahit lama jadi saya manfaatkan, potong kain dan hantar ke kedai jahit tepi kemudian cantum sendiri’, katanya ketika ditemu bual oleh TVS melalui Twitternya.

Beliau yang merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa IIUM Gombak dalam bidang senibina itu berkata beliau hanya belajar menjahit dari video dan mengikuti kelas Pjj online menjahit di Facebook.

Kini beliau dan suami sudah membuka satu akaun Instagram khas, kesorga.co bagi memudahkan proses mengambil tempahan dan mempamerkan hasil tempahan baju beliau.

Akaun instagram yang dibuat khas untuk menerima tempahan – kesorga.co

Menurut beliau buat masa kini beliau cuma menghasilkan baju mengikut custom size tapi di masa akan datang disediakan dengan pelbagai corak sedia ada.

‘Buat masa ini target pelanggan adalah ibu-ibu dan plus size sebab kebanyakkan yang menghubungi saya meminta saya buat untuk ibu mereka. Tempahan baju saya terima kini juga sudah mencecah 80 pasang sehingga akhir July,’ ujar Husna yang dahulunya seorang arkitek.

Kekangan PKP menyebabkan beliau terpaksa membeli kain dan barang jahitan secara atas talian.

Husna menjahit baju tempahan pelanggan.
Kredit gambar : Husna

Siapa sangka pelbagai inspirasi wujud ketika di musim Covid 19 ini yang mendatangkan rezeki kepada orang ramai. Ayuh bantu dan sokong usahawan kecil kita!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan