Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Mei -- Jururawat Russenayra Ajak, 31, melakukan persiapan sebelum memberi suntikan kepada penerima vaksin pada Program Suntikan Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dos Pertama Vaksin AstraZeneca Di PPV BCCK Habis Disuntik

ByOdleen Catherny

KUCHING: Kesemua dos pertama vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) telah habis diagihkan pada petang Isnin.

Ini menjadikannya habis lebih awal dari tempoh yang telah diperuntukkan iaitu dari 7 Jun hingga 27 Julai 2021.

Menurut Pengurus Eksekutif BMC, Dr Kenneth Tan, PPV BCCK akan mula menyuntik vaksin Sinovac pada Selasa.

“3,000 dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac akan diagihkan bermula esok (22 Jun 2021) di PPV BCCK,” katanya kepada TVS, pada Isnin.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah secara sukarela bagi penerimaan vaksin AstraZeneca berikutan kesangsian segelintir masyarakat terhadap vaksin berkenaan.

Berita penuh di sini:

Vaksin AstraZeneca Habis Dalam Tempoh Dua Minggu

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan