Search
Close this search box.

Sarawak United FC Bawa Masuk Dua Pemain Baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Skuad Sarawak United FC akan membawa masuk dua pemain baharu menerusi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dalam usaha memperbaiki keampuhan pasukan.

Menurut ketua jurulatih E. Elavarasan kedua-dua pemain itu dilihat mempunyai keupayaan untuk membantu pasukan.

“Kita bawa dua pemain pada masa ini seorang tu Sabri Sahar pernah mewakili Sarawak suatu ketika dahulu dan seorang lagi pemain muda Mathias Mansor dimana saya rasa kedua-dua pemain ini mempunyai kepentingan yang baik untuk masa depan pasukan Sarawak,” kata Elavarasan ketika ditemui.

Sabri Sahar
Mathias Mansor

E. Elavarasan Ketua Jurulatih Sarawak United FC

Elavarasan juga tidak akan mendabik dada apabila melihat prestasi terkini pasukannya yang dilihat berada dilandasan yang tepat.

Justeru beliau berharap anak-anak buahnya mampu mengekalkan disiplin yang sedia ada dalam memastikan Sarawak United mencapai hasrat untuk membawa kejuaran liga selain menempah slot untuk ke saingan Piala FA.

Sarawak United FC akan kembali memulakan aksi menentang pasukan Selangor FC II di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 30 Jun ini.

Pasukan dari bumi kenyalang itu juga kini gah di carta liga dengan kutipan 23 mata didepan Negeri Sembilan yang kian mengejar kedudukan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan